Tuesday, October 21, 2008

CARA HENDAK MENDAFTAR

1. Klik pada internet explorer dan taipkan http://www.yahoo.com/
2. Kemudian, pergi kepada free mail: Sign Up
3. Kemudian akan kelihatan gambaran seperti berikut :


4. Setelah melengkapkan segala maklumat yang diperlukan, klik “create my account”
5. Yahoo account anda telah didaftarkan dan sedia digunakan.


CARA HENDAK MENDAFTAR BLOG


1. Klik pada internet explorer dan taipkan http://www.google.com.my/
2. Kemudian pergi kepada “more---->even more---->blogger” dan klik di situ.

Anda akan melihat paparan seperti ini:


3. Langkah pertama yang perlu anda lakukan apabila melihat paparan ini ialah
mencipta akaun (google).
4. Setelah anda mencipta akaun blog dengan menggunakan akaun google(gmail) hendahklah menekan butang teruskan.
5. Langkah kedua yang perlu anda lakukan ialah menamakan blog anda dan teruskan dengan menekan butang.
6. Kemudian, anda akan disuruh untuk memilih corak bagi blog anda. Banyak corak-corak yang menarik dapat anda pilih. Terpulang pada citarasa anda.


7. Blog anda sudah aktif..Anda boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama kawan-kawan..


CARA NAK BUAT BUKU PROGRAM DENGAN MENGGUNAKAN BOOK FOLD

1. Pertama sekali anda hendaklah pergi ke Microsoft Word.
2. Kemudian, pergi kepada page layout--->size--->more paper sizes---> margins--->pages--->
multiple pages--->book fold--->ok.
3. Kemudian masukkan border mengikut pilihan hati anda. anda perlu klik pada page layout--->page borders--->art---> dan masukkan border pilihan anda.
4. Apabila anda telah memasukkan segala isi kandungan ke dalam buku program anda, anda perlu mencetaknya.
5. untuk mencetak buku program, anda perlu memasukkan satu persatu kertas ke dalam mesin pencetak. Apabila anda tekan print, mula-mula akan keluar muka surat pertama dan terakhir. Setelah itu, anda masukkan kertas yang sama dan print, akan keluar muka surat yang kedua dan kedua akhir.
6. Apabila siap, anda cuma perlu melipatkannya dan lekatkan supaya tidak tertanggal.


CARA MEMBUAT MASTER SLIDE DAN HYPERLINK

1. Pertama sekali anda perlu ke Microsoft PowerPoint.
2. Kemudian, anda perlu membuat background terlebih dahulu. klik design--->background styles--->pilih background pilihan anda.3. Untuk membuat master slide, anda perlu klik view--->slide master--->masukkan gambar atau logo sebagai contoh, logo UKM--->close master view

Akan kelihatan seperti di bawah:


4. Sekiranya anda membuat hyperlink, anda perlu hightlight kan pada perkataan yang hendak di link kan. Setelah itu, klik kanan dan pilih hyperlink--->place in this document--->klik pada slide yang nak di link kan--->ok. Tetapi sebelum itu anda hendaklah copy slide yang hendak di linkkan dan paste kan selepas slide terima kasih.




5. Perlu ingat, bagi memastikan hyperlink berjalan dengan lancar, jangan lupa buat set up slide show. Anda perlu klik pada slide show--->set up slide show--->show slide from (sehingga slide terima kasih sahaja)--->ok.
6. TAHNIAH!!!, anda telah berjaya menghasilkan master slide dan hyperlink.. :)


CARA MEMBUAT BROCHER

1. Pertama sekali anda perlu pergi ke Microsoft Word
2. Kemudian, anda klik page layout--->orientation--->landscape--->ok
3. Setelah itu, anda klik page layout sekali lagi dan klik columns--->3 columns
4. Kemudian anda pilih border mengikut citarasa anda. Anda perlu klik page layout--->page borders--->art--->dan pilih border
5. Setelah itu, anda masuk kan kandungan bagi brocher itu.
6. Apabila siap, anda perlu cetak. Bagi mencetak brocher, anda perlu gunakan kertas yang sama iaitu cetak halaman yang pertama dengan menggunakan saiz landscape kemudian gunakan bahagian belakang dan cetak bagi halaman seterusnya.

(halaman 1)

(halaman 2)

Wednesday, August 6, 2008

Hikmah Disebalik 5 jari.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil...
Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya...
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga...
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk...
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model
kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari...
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

Tuesday, August 5, 2008