
1. Klik pada internet explorer dan taipkan http://www.yahoo.com/
2. Kemudian, pergi kepada free mail: Sign Up
3. Kemudian akan kelihatan gambaran seperti berikut :

4. Setelah melengkapkan segala maklumat yang diperlukan, klik “create my account”
5. Yahoo account anda telah didaftarkan dan sedia digunakan.
CARA HENDAK MENDAFTAR BLOG
1. Klik pada internet explorer dan taipkan http://www.google.com.my/
2. Kemudian pergi kepada “more---->even more---->blogger” dan klik di situ.
Anda akan melihat paparan seperti ini:
mencipta akaun (google).
4. Setelah anda mencipta akaun blog dengan menggunakan akaun google(gmail) hendahklah menekan butang teruskan.
5. Langkah kedua yang perlu anda lakukan ialah menamakan blog anda dan teruskan dengan menekan butang.
6. Kemudian, anda akan disuruh untuk memilih corak bagi blog anda. Banyak corak-corak yang menarik dapat anda pilih. Terpulang pada citarasa anda.
7. Blog anda sudah aktif..Anda boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama kawan-kawan..
CARA NAK BUAT BUKU PROGRAM DENGAN MENGGUNAKAN BOOK FOLD
1. Pertama sekali anda hendaklah pergi ke Microsoft Word.
2. Kemudian, pergi kepada page layout--->size--->more paper sizes---> margins--->pages--->
multiple pages--->book fold--->ok.
3. Kemudian masukkan border mengikut pilihan hati anda. anda perlu klik pada page layout--->page borders--->art---> dan masukkan border pilihan anda.
4. Apabila anda telah memasukkan segala isi kandungan ke dalam buku program anda, anda perlu mencetaknya.
5. untuk mencetak buku program, anda perlu memasukkan satu persatu kertas ke dalam mesin pencetak. Apabila anda tekan print, mula-mula akan keluar muka surat pertama dan terakhir. Setelah itu, anda masukkan kertas yang sama dan print, akan keluar muka surat yang kedua dan kedua akhir.
6. Apabila siap, anda cuma perlu melipatkannya dan lekatkan supaya tidak tertanggal.
CARA MEMBUAT MASTER SLIDE DAN HYPERLINK
1. Pertama sekali anda perlu ke Microsoft PowerPoint.
2. Kemudian, anda perlu membuat background terlebih dahulu. klik design--->background styles--->pilih background pilihan anda.3. Untuk membuat master slide, anda perlu klik view--->slide master--->masukkan gambar atau logo sebagai contoh, logo UKM--->close master view
Akan kelihatan seperti di bawah:
4. Sekiranya anda membuat hyperlink, anda perlu hightlight kan pada perkataan yang hendak di link kan. Setelah itu, klik kanan dan pilih hyperlink--->place in this document--->klik pada slide yang nak di link kan--->ok. Tetapi sebelum itu anda hendaklah copy slide yang hendak di linkkan dan paste kan selepas slide terima kasih.
5. Perlu ingat, bagi memastikan hyperlink berjalan dengan lancar, jangan lupa buat set up slide show. Anda perlu klik pada slide show--->set up slide show--->show slide from (sehingga slide terima kasih sahaja)--->ok.
6. TAHNIAH!!!, anda telah berjaya menghasilkan master slide dan hyperlink.. :)
CARA MEMBUAT BROCHER
1. Pertama sekali anda perlu pergi ke Microsoft Word
2. Kemudian, anda klik page layout--->orientation--->landscape--->ok
3. Setelah itu, anda klik page layout sekali lagi dan klik columns--->3 columns
4. Kemudian anda pilih border mengikut citarasa anda. Anda perlu klik page layout--->page borders--->art--->dan pilih border
5. Setelah itu, anda masuk kan kandungan bagi brocher itu.
6. Apabila siap, anda perlu cetak. Bagi mencetak brocher, anda perlu gunakan kertas yang sama iaitu cetak halaman yang pertama dengan menggunakan saiz landscape kemudian gunakan bahagian belakang dan cetak bagi halaman seterusnya.
(halaman 1)
(halaman 2) 





